title

My Biodata (This Is My Self)

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
♥ Bella Claire ♥ 16 y/o (2011) ♥ Student Of SMK Bandar Banting High School ♥ We Love All Our Friends And Family Have Kind Of Thought They

Jan 27, 2011

Dilamun Cinta ???

aSaLaMuAlaiKum SeMua......

KoraNg Nk Tau KoraNg SeDanG JatUh CinTa Ker X TrY Nie...


1. Anda tersenyum sendirian apabila terbayangkan ‘date’ anda yang:
a) mempunyai bentuk badan yang super hot!
b) mempunyai minat yang sama dengan kamu yang membuatkan kamu rasa seronok apabila bersama-sama dengan si dia
c) amat pandai membuatkan kamu tersenyum dengan percakapannya

2. Si dia sedang bercakap-cakap tentang hal seorang rakannya. Anda pulak sedang
a) berangan-angan tentang hal lain.
b) cuba memberi sokongan sementara memikirkan apa yang akan kamu cakapkan kemudian
c) leka mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut si dia


3. Anda melihat si dia bergelumang dengan peluh dan kotoran sesudah bermain sukan yang diminatinya. Apa yang anda sedang fikirkan?
a) tiba masa untuk si dia mandi!
b) baguslah kerana dia tak kisah aku melihat dia kotor begini
c) Wow, dengan pakaian kotor begini pun dia boleh nampak hebat!


4.  Kamu sedang keluar dengan rakan-rakan kamu. Tetapi adakah kamu sering teringatkan si dia:
a) tidak terfikirkan si dia langsung kerana kamu sendiripun sedang enjoy dengan teman-teman
b) sesekali tue kamu terfikir jugak tentang si dia
c) kamu asyik terfikirkan si dia setiap 5 saat. Malah kamu ada masa untuk bermain sms dengannya sewaktu berada dengan teman-teman


5. Kamu tak sabar untuk memperkenalkan “teman” baru kepada:
a) rakan sekerja
b) kawan-kawan
c) ibu bapa dan seluruh ahli keluarga kamu


6. Kamu terdengar sebuah lagu yang pernah dimainkan semasa malam pertama anda keluar dating dengan si dia. Anda:
a) tukar siaran radio. … kamu lebih minat lagu jenis lain
b) mula menyanyi bersama-sama kepada alunan lagu itu
c) berangan-angan bahawa lagu itu sudah menjadi lagu tema cinta untuk kamu berdua

7. Tiba-tiba kamu menyedari yang kamu telah membuat plan bersama-sama d
dengan di dia
a) apabila kamu menghubunginya di hujung minggu untuk bertanyakan sama ada si dia free ke tak malam tue untuk pergi dinner ?
b) beberapa hari sebelum menjelangnya hari tersebut. Nak buat camna? Kamu memang dah tak sabar-sabar untuk lepak bersama dengannya
c) emm… kamu telah membuat plan untuk masa hadapan seperti menganggar tahun bilakah kamu nak kahwin, nak beli rumah baru kalau dah kahwin nanti, nak ada anak berapa orang dsb lagi lah…

Panduan Jawapan:

Lebih banyak A: Hanya dorongan nafsu semata-mata!
Hubungan anda dengan si dia mungkin tidak akan berkembang ke mana-mana. Anda hanya meluangkan masa dengan si dia secara fizikalnya saja, dengan kata lain, secara emosional, anda tidak tahu apa-apa berkenaan dengan si dia. Dan jika kamu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja, mungkin akhirnya kamu akan terluka. Jadi, tak jadi masalah kalau anda mahu meluangkan masa bersama-sama dengannya, tapi jika salah seorang daripada kamu benar-benar sudah jatuh hati, maka sudah tiba masanya untuk kamu berdua berbincang tentang hala tuju hubungan ini.

Lebih banyak B: Hubungan kamu berdua ada potensi!

Mungkin anda rasakan yang anda hanya ingin berseronok dengan teman anda, tapi dalam diam-diam, mungkin hubungan anda dengan si dia telah menjadi terlalu ‘akrab’. Malah, anda mungkin terasa ‘sesuatu’ semasa anda bersamanya. Pada peringkat ini, anda sedang dalam proses untuk mengenali hati budi si dia. Pada masa inilah anda akan mengetahui sama ada adakah si dia nie orang yang kamu akan hormati dan percayai, dan kamu akan menilainya dari segi tingkah lakunya terhadap kamu! Hubungan jenis ini amat baik untuk kamu kerana kamu tidak terikat dengan sebarang hubungan… lagi. Dan kamu juga boleh membuat keputusan sama ada untuk bawa hubungan ini ke peringkat yang seterusnya ataupun tidak.

Lebih banyak C : Kamu dilamun cinta!

Tahniah! – kerana kamu sedang dilamun cinta! Pasti segala-galanya sangat indah pada ketika ini – tapi awas! Jangan kamu memberikan cinta kamu sepenuhnya pada si dia. Jangan jadikan hubungan cinta yang baru berputik ini sebagai asas kehidupan anda pada masa ini. Buat masa sekarang, jangan menganggap si dia adalah segala-galanya bagi diri anda! Kerana anda mungkin akan meninggalkan kehidupan lama anda untuk menikmati suatu kehidupan yang hanya ada si dia semata-mata. Contohnya, jika teman anda berkata bahawa dia minat muzik rock, tiba-tiba anda pun mengaku sama! Walhal sebenarnya anda seorang yang berjiwa sentimental dan romantik dan tak pernah mendengar pun muzik rock! Kesimpulannya, anda boleh bercinta bagai nak rak, tapi jangan hilangkan identity diri anda sendiri. Kekalkan siapa anda dan teruskanlah mengukir jalan ke arah suatu hubungan cinta yang lebih berkekalan.


No comments:

Post a Comment